Pusat Pemindahan Taman Gemilang dan Dewan Orang Ramai Kampung Ampar Tengah, Sepang, Selangor telah disytiharkan tutup pada jam 3.00 petang, 27 Februari 2013. Semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Senarai Penuh Berita
Penutupan Pusat Pemindahan Taman Gemilang dan Dewan Orang Ramai Kampung Ampar Tengah, Sepang, Selangor
Penutupan Pusat Pemindahan Balai Raya Jenderam Hulu, Dengkil
Pusat Pemindahan Balai Raya Jenderam Hulu, Dengkil, Sepang, Selangor telah diisytiharkan tutup pada 8.00 pagi, 27 Februari 2013. Semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Dengkil, Sepang
Satu kejadian banjir telah dilaporkan di beberapa kawasan di Dengkil di daerah Sepang, Selangor. Kawasan-kawasan yang terlibat ialah Taman Dalia, Kg Sg Buah, Kg Jenderam Hulu, Kg Lalang, Kg Ambar Tenang dan Kg Kota Warisan. Pasukan penyelamat dan agensi agensi telah berada di kawasan terlibat bagi membantu para penduduk yang terlibat. Semua penduduk dinasihatkan mengikuti arahan yang diberikan untuk keselamatan semua pihak.
Kelantan Dilanda Banjir Episod Kedua
PASIR PUTEH, 26 Feb - Ekoran hujan yang tidak henti-henti dan lebat di beberapa jajahan di Kelantan sejak 2 hari berturut-turut telah menyebabkan beberapa jajahan telah dilanda banjir. Antara Jajahan yang paling awal terlibat ialah Jajahan Pasir Puteh dan diikuti dengan Jajahan Tanah Merah. Terkini, Jajahan Kuala Krai telah mula dinaiki air dan proses pemindahan mangsa di dalam persiapan. Jumlah mangsa di Tanah Merah ialah seramai 109 orang melibat 28 keluarga...
Penutupan Pusat Pemindahan Masjid Kg Tengah, Puchong
Pusat pemindahan Masjid Kg Tengah, Puchong telah ditutup pada 3.00 petang tadi dan semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Pembukaan Pusat Pemindahan Masjid Kg Tengah, Puchong, Selangor
Pusat pemindahan Masjid Kg Tengah, Puchong telah dibuka pada jam 1900 25 Januari 2013 dan menempatkan seramai 254 mangsa daripada 93 keluarga daripada Kg Tengah dan Kg Kenangan.
Sumber: JKM Subang Jaya
Banjir Kilat di Beberapa Kawasan di Selangor (25 Januari 2013)
Beberapa kawasan di Selangor telah dinaiki air berikutan hujan lebat pada petang 25 Januari 2013. Antara kawasan yang terlibat adalah Kg Tengah dan Kg Kenangan di Puchong, serta Kg Baru Hicom dan Desa Kemuning di sempadan Shah Alam dan Klang. Maklumat pembukaan pusat pemindahan dan jumlah mangsa yang terlibat sedang diperolehi.
PENAMATAN AMARAN HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG, RIBUT TROPIKA SONAMU
PERKEMBANGAN TERKINI PERGERAKAN RIBUT TROPIKA SONAMU
Status Terkini Pergerakan Ribut Tropika Sonamu - bergerak perlahan menjauhi Pantai Timur Semenanjung Malaysia ke arah Selatan-Barat Daya. Orang awam dinasihati mengikuti...
Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia
Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai Isnin, 7 Januari 2013 sehingga Rabu, 9 Januari 2013. Keadaan ini boleh...