Change Font Size

Change Screen

Change Layouts

Change Menu Styles

Cpanel
21 Mei 2013

Dasar Privasi

Terima kasih kerana melayari Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara.

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web MKN kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau borang maklumbalas.

Maklumbalas

Kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda. Sekiranya maklumat yang terperinci diperlukan tidak terdapat di dalam laman web ini, keperluan anda akan dimajukan kepada agensi yang berkaitan.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan laman web ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

Pertanyaan atau Aduan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman web MKN, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklumbalas yang disediakan dalam laman web ini.