Change Font Size

Change Screen

Change Layouts

Change Menu Styles

Cpanel
24 Mei 2013

Banjir di Batang Kali (Kemaskini Jam 1200)

Mengikut sumber, kejadian banjir bermula jam 5 pagi. Kategori banjir pada awalnya adalah banjir kilat dengan melibatkan 150 keluarga.
Tiada pusat pemindahan dibuka, namun jumlah mangsa diselamatkan adala seramai 47 orang. Mangsa dikeluarkan daripada kawasan yang
dinaiki air ke kawasan yang lebih tinggi. Manakala dua (2) warga emas telah dipindahkan ke Balai Polis Batang Kali.

Pada jam  11.27 pagi, pegawai di lapangan memaklumkan Jalan Rawang - Ipoh ditutup untuk kenderaan ringan. Dibuka kembali pada
pukul 12.00 tengah hari.

Selain itu, Jalan Bukit Beruntung – Rasa juga ditutup kepada kenderaan ringan.

Ketinggian air dicatatkan lebih kurang 2 meter.

Perkembangan baru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
 

Sumber maklumat: MKN Selangor